Selasa, 5 Julai 2011

leteran.

      Zaman kecil saya dulu,semuanya bergantung kepada ibu.Segalanya ibu kerana pada usia sekecil 4 tahun dan adik bongsu 9 bulan,abah dah kembali ke rahmatullah..Al Fatihah..Membesar dalam serba kekurangan tetapi ibu tetap seorang yang tegas.Leteran dan bebelan sudah menjadi mainan harian dan halwa telinga.Pantang buat silap sikit pasti ada ganjaran bakal diterima.
     Apabila saya dan adik meningkat remaja,ibu lagi kuat berleter.Maklumlah tanggungjawabnya semakin bertambah.Apa saja yg kami lakukan ada saja yang tak kena pada pandangannya.Pergerakan kami terbatas.Memang tertekan juga sebab tak boleh bebas keluar dengan rakan2 sebaya sewenang2nya.Kerja2 rumah seperti membasuh,mengemas dan memasak memang ibu serahkan pada saya bulat2.Jangan cuba2 curi tulang ...hehehe..akibatnya 24 jam laa nanti ibu berleter tak habis2..pot pet pot pet..boleh pecah anak telinga.Sekali ibu sergah hahhh bergegar isi perut tak pun boleh tercabut tingkap rumah.Kalau ibu tak ada dirumah  makkkkkkkk oiiiii merdeka!!!! boleh buat apa saja.Boleh main sampai senja,boleh bertandang kerumah kawan2..macam2 boleh...bebas..tapi sebenarnya keseronokkan tu tak berpanjangan.Masuk hari yang ke 2 dah mula terasa kehilangannya.Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran ibu.Rumah jadi sepi.Sepi sesepinya macam rumah berhantu.Masa tu baru lah sedar leteran macam mulut murai  ibu tu rupanya penyeri rumah.Tanpa ibu hidup tak bermakna.Jari jemari ibu yang mencubit dan memiat telinga rupanya menjadikan hidup saya lebih bermakna..Bila ibu tiada dirumah semuanya tak kena..
      Mmmmmm kini tiba giliran saya.. ibu kepada 3 anak remaja.Baru lah saya lihat betapa besarnya pengertian seorang ibu kepada anak2nya.Adakah anak2 faham leteran panjang ibu kerana anak lambat pulang ke rumah,suara yang meninggi kerana anak2 malas membuat kerja rumah,jeritan ibu setiap pagi kerana anak lambat bangun untuk kesekolah...solat dan sebagainya.Semua itu adalah tanda  prihatin seorang ibu dalam menyediakan anak2 menjadi orang berguna di masa depan.Ibu tetap ibu,pelbagai cara  menyampaikan kerisauan,keresahan dan kasih sayangnya kepada anak2.
      Pernah juga anak bongsu saya berkata.."kenapa dengan ibu ni,kalau baik,baik saaaangatttt tapi kalau marah ..takut Yayang tengok"Saya hanya ketawa dan menjelaskan padanya bahwa saya bukan seorang yang gila memarahi anak2 tanpa sebab..selalu saya katakan padanya tidak ada syurga seorang anak tanpa keredhaan seorang ibu dan tidak akan lahir seorang anak adam ke dunia ini tanpa kekuatan seorang ibu.Unggulnya sebuah keluarga juga kerana adanya pengorbanan seorang ibu.Ibu,dalam apa keadaan pun sanggup tempuhi  asalkan anak2 bahagia.Adakah anak2 tahu betapa kasihnya si ibu kepada mereka?
   
   

   
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan