Khamis, 30 Jun 2011

Semua kerana mu sayang...ibu redha..

      "Wahhhhhh ...mana satu ibu...mana satu anak ni"?Mmmmmmm itu la pertanyaan yg selalu saya terima setiap kali bertemu saudara mara atau kawan2.Soalan itu dah biasa pada saya kerana ia merujuk kepada saya dan anak perempuan yg dah berusia 20 tahun tu.Ini bukan bermaksud saya ni nampak muda atau sebaliknya tapi ianya disebabkan size badan anak saya tu...hehehe..boleh tahan gak debabnya..bulat berisi.Jauh ketinggalan juga lah saya ni jika ditimbang ..hehehe..mau gak berkilo2 lebih berat dr saya...tp Alhamdulillah,syukur saya kehadrat ilahi,anak2 semakin dewasa kini...
      Ingin saya kenang kembali kisah2 lama yg banyak menyimpan suka duka dalam kehidupan ini.Memang x akan saya lupakan selamanya.Semoga ianya menjadi kenangan terindah...sentiasa mewangi dalam hati ini.
      Tahun 1990,saya disahkan hamil lagi anak yg ke dua.Alhamdulillah.Kali ini saya berdoa semoga diberi kekuatan dan kesihatan yg baik sepanjang mengandungkannya,Saya bimbang kejadian serupa berlaku lg seperti kehamilan pertama,Waktu itu hampir 3 bulan saya tidak menjamah makanan,setiap apa yg ditelan akan saya muntahkan kembali.Badan kurus kering tak bermaya,sesiapa yg memandang pun tak percaya itu adalah saya.Perubahan begitu ketara sekali..wajah pucat...tiada seri langsung.Akhirnya saya lalui juga kepayahan itu selama 9 bulan 10 hari dan lahirlah permata hati saya yg pertama...
      Dan apa yg ingin saya kongsi disini tentang kehamilan yg kedua ....sejarah berulang semula.Kesihatan saya makin merosot...saya langsung tidak boleh makan..minum..tenaga tiada.Anak yg sulung pun saya dah x mampu menjaganya..Ya allah besarnya dugaan ini..bila keadaan sudah tidak terkawal saya dimasukkan ke wad selama seminggu..berbotol2 air dimasukkan ke badan saya..Saya redha,demi anak dalam kandungan ini.Selepas keluar wad,keadaan saya semakin pulih,makan minum semuanya da ok...hubby nampak gembira dgn perubahan ini.
      Hari demi hari kandungan semakin besar.Dan apabila genap 6 bulan mengandung,saya dirundung malang lagi.Hari2 saya menjadi kelam semula.Kulit saya mula ditumbuhi kudis2.Ahhhhhh...gatalnya tak terkira,Saya hilang punca,sentiasa menggaru dan keadaan menjadi teruk kerana selepas digaru kudis2 itu mengeluarkan darah.Satu hal pulak,setiap kali mandi...alahai,pedihnya.....saya sentiasa menyendiri.Tak mahu dilihat sesiapa pun.Perasaan malu menebal kerana semakin hari kudis2 itu merebak kebahagian anggota badan yg lain..saya mula tertekan ..hari2 menangis.Hubby memang seorang yg setia memberi saya kata semangat dan ibu pula sentiasa kesana kemari mencari ubat2 kampung sebagai penawar kudis2 itu setelah ubat-ubatan hospital dan klinik tidak memberi kesan.Suatu pagi saya menangis semahu2nya bila wajah saya yang cengkung pula menjadi sasaran kudis2 itu.Saya putus asa dgn situasi ini,apabila mula terdengar kiri kanan org memperkata tentang diri ini.Siang malam saya bersedih..kalau boleh tak mahu keluar dari rumah...tak mahu jumpa sesiapa..tak mahu dikunjungi sesiapa..terasa benar diri ini tak berharga..tapi sampai bila ye???Mmmm masuk kandungan 8 bulan,keadaan tidak terkawal,kudis2 menyerang hingga kedalam telinga..kaki tangan memang usah nak cerita laa..tiada langsung ruang kosong..dan allah maha besar,syukur...dari dada ke peha,dilindungi segalanya dari virus itu...itu lah yg membuatkan semangat saya pulih.Menghampiri tarikh bersalin saya semakin tabah,apa2 saja yg dilalui tiada lagi airmata kerana hubby sentiasa memberi kekuatan supaya saya sabar,semuanya pastinya selamat.berbekalkan kata2 itu saya bangkit melawan perasaan sedih itu..sentiasa berdoa moga anak dalam kandungan selamat.
      20/2/1991 ..saya dimasukkan kehospital.Wahhhhhh...tak sanggup jadi perhatian.Saya malu jadi bahan tontonan.Tapi,biarlah semua itu...kata hati saya.Saya perbanyakkan zikir dan melupakan segalanya.Semoga segalnya dipermudahkanNya.Alhamdulillah tepat jam 4.44 pm anak perempuan saya selamat dilahirkan seiring dengan azan asar yg berkumandang ketika itu.Saya sangat2 bersyukur apabila doktor dan jururawat masing2 menjerit gembira sebaik anak saya dilahirkan ..terngiang2 kata2 itu lagi.."Ya Allah,putihnya budak ni,comelnya,...ok..ok...tiada sebarang jangkitan".Itu la saat yg paling gembira bagi saya  hingga airmata tiada lagi untuk ditumpahkan..dan selepas itu seminggu saya di letakkan di wad dibawah pengawasan doktor2 pakar..boleh jadi dijadikan bahan eksperimen kot??? hehehe...lantak laa kata hati saya...itu laa kebesaran ilahi sebaik anak saya dilahirkan kudis2 itu tidak lagi terasa gatal dan tidak lagi berdarah tetapi mengeluarkan nanah dan kering serta merta..satu keajaiban yg ternilai ...apabila dibenarkan pulang,doktor membekalkan ubat yg sesiapa saja melihatnya pasti akan ketawa...satu bekas beratnya 1 kilo..ubat sapu..hehehe. bukannya satu dua,banyaknya.....tapi saya tak perlu semua itu.. saya pulih seratus peratus selepas kelahiran itu.Dan untuk rawatan susulan seminggu selepas itu doktor pun kehairan,,,mmm baru dia tahu,,hehehe..yg tinggal hanya bekas parut kudis2 itu..Ya Allah,banyak hikmahnya disebalik semua itu..Kau kurniakan seorang anak yg memang tidak ada sebarang masalah membesarnya kerana ibunya telah di uji sebelumnya.Tidak perlu saya bangun ditengah2 malam menjaganya kerana dia jarang menangis malam jika dibandingkan dengan abang dan adiknya.Mudah diajar..dan mula pandai membaca ketika usianya 4 tahun yg pada zaman itu satu kelebihan yg jarang2 ditemui dibandingkan sekarang...Kata orang kalau semasa mengandung,si ibu kurang makan anak yg dilahirkan pasti akan mengikut sikap ibunya juga..kata orang laa..tapi berlainan dgn anak saya ni..hehehe..kuat makan.Dari kecil sampai sekarang tak ada masalah langsung dengan makanan Ok je..sepanjang cuti untuk menunggu panggilan sambung belajar ni,duduk dirumah saja merangkap pembantu rumah,memasak..mengemas..mencuci..mmm macam2 lagi laa.Banyak juga tugasnya tu..tapi alhamdulillah tidak pernah dia merungut..Ibu sayang kamu Noni...

Ahad, 19 Jun 2011

Hati seorang ibu...

     Makin bertambah usia,semakin sensitif pula saya ni..Dulu,jika menonton drama atau filem yg sedih2 jangan haraplah saya nak menitiskan airmata.Cukup payah nak nangis2 ni..Kenapa ya?Adakah saya menonton tanpa perasaan atauuuuu..sekadar untuk menghabiskan masa lapang saja???Mungkin juga kot...
      Kini masa merubah segalanya..kelakar juga saya ni.Kalau dibiarkan mau sebaldi airmata jika ditadah.Semuanya gara2 menonton telenovela dikaca televisyen yg memaparkan kisah2 rumahtangga,kisah suami isteri,kisah ibu anak..kesengsaraan..penderaan..kejayaan...kebahgiaan..dan pelbagai laa..semuanya mampu membuatkan saya mengalirkan airmata..kadangkala bukan saja teresak2 malah mau juga saya meraung tau.Lebih2 lagi jika kisah anak2 yg mengabaikan ibu atau bapanya.Ini laa yg mmbuatkan hati keibuan saya cukup tersentuh.Wahhhhh..dahsyatnya saya..
      Kadangkala kisah2 yg dipaparkan ada juga yg tidak kita duga akan terjadi di alam nyata atau dongeng semata2.Sebagai seorang ibu kepada 3 org anak remaja sedikit demi sedikit mencetuskan ketakutan dalam diri saya .Maklum laa anak muda remaja sekarang ni,belum matang berfikir...ada masanya tersentuh juga jiwa jika anak2 tak mau mendengar nasihat.Sedangkan itu semua utk kebaikan mereka.Dan saya sentiasa panjatkan doa agar anak2 menjadi anak yg soleh dan solehah.Aminnnn...
      Saya tahu,semua yg bergelar ibu tidak pinta wang ringgit menimbun dari anak2,cukup la diberi perhatian dan kasih sayang di usia tuanya dan mendoakan kesejahteraan di akhirat...
      Dan akhirkata,saya sebenarnya seorang yg kelakar..sukakan kisah2 komedi..humor...dan yg x menserabutkan kepala..tapi adakalanya perlu juga kisah2 sedih tu diambil kira..moga bertambah keinsafan dalam diri...