Rabu, 27 Julai 2011

ikan pekasam belimbing buluh...

      Ikan pekasam???Mmmmm sedapnya..goreng dan makan dengan nasi panas.Tapi boleh ke ikan pekasam ni di buat gulai ye?Waktu baru2 mendirikan rumahtangga dengan hubby tercinta tuuu..saya tak seberapa nak pandai dalam hal masak memasak ni.Sekadar masak untuk keperluan kami berdua kira ok laa..kalau tak sedap pun,hubby kata sedap jugak..hehehe...
      Setiap hujung minggu ,hubby pasti bawa saya balik ke rumah ibunya..time ni mula lah penyakit darah gemuruh saya datang.Bimbang tersalah masak lagi..kalau adik2 ipar perempuan ada ketika itu,ahhhhhhhh selamat laa saya..mudah nak tanya itu ini..
      Saya masih tak boleh melupakan trajedi masakan yg paling tragis yang pernah saya masak dan saya hidangkan tatkala baru sebulan menjadi suri rumahtangga.Untuk merapatkan hubungan saya dan familinya,hubby sanggup berulang ketempat kerja dr rumah ibunya selama seminggu.Mmmm tinggallah saya seorang diri dengan  adik ipar lelaki yg ketika itu baru form.I yg bersekolah sessi petang manakala ibu mertua pula pagi2 lagi dah kekebun.So,saya terpaksalah menyediakan makanan tengahari sebelum adik ipar kesekolah..
      Pagi2 lagi saya dah kedapur.Maklumlah buat kerja macam kura2 kan...seharusnya saya mulakan lebih awal supaya semuanya dapat dibereskan secepat mungkin.Dan saya betul2 teruja bila terlihat ikan pekasam didalam peti ais.Dalam hati berkata2..".mesti sedap masak lemak cili api"..untuk memudahkan kerja,saya pun membuka pintu dapur .Biar cahaya masuk.dan memang nak jadi rezeki saya,sebaik pintu dibuka,terpandang pulak buah asam belimbing buluh dirumah jiran sebelah.Haaaaaaaa...misi saya menjadi semakin mudah..Boleh lah saya masak lemak cili api ikan pekasam belimbing buluh.'.pasti sedap kalau masak pekat2 kuahnya',kata hati saya.Dah berangan tu...hehehe..
      Dengan penuh sopan santun dan lemah lembut (pengantin baru laa kata kan)..saya ke rumah jiran ibu mertua.Salam diberi dan minta izin nak ambil buah belimbing.Alahai....baik betul makcik tu,tolong petikkan buah belimbing gituuuuu..sambil menghulurkan plastik bungkusan buah belimbing,tak habis2 dia bertanyakan itu ini.tentang diri saya.Dan soalan cepumas untuk saya...jeng...jeng..jeng.."'Hang nak masak apa" dengan senyum simpul saya pun jawab laa.."masak lemak cili api ikan pekasam campur ngan asam belimbing ni laa makcik".
     " Makcik,terma kasih ya.Saya balik dulu,nak masak ni.Jap lagi adik nak gi sekolah"Amboi,tergedik2 saya balik kerumah.Tanpa berlengah,semuanya saya buat dengan teliti.Saya nak pastikan masakan saya "terhebat" hingga menjilat jari sesiapa saja yg akan menikmatinya.Saya lakukan dengan penuh kasih sayang...hehehe..pasti hubby tersenyum puas dengan hasil air tangan saya.Wahhh..hebatnya saya.Hampir 3 jam didapur,ikan,sayur,gulai dan minuman sudah terhidang dia atas meja.Dan saya seperti biasa,menunggu hubby balik dari kerja untuk makan bersama.Hidangan tengahari hanya di nikmati oleh ibu mertua dan adik2 ipar saya saja.Alangkah bangganya saya...berjaya juga saya melakukan semuanya.
      Petangnya ,hubby balik.Happynya saya..rindu seharian tak nampak wajahnya.Heeeee..saya tarik tangannya kedapur.Makan sama2.Mmmmm ..nampak macam ok je ..no komen dari hubby..mesti sedaplah tu bisik hati hehehe.Malamnya,sambil bersantai dan bersembang dihalaman rumah,hubby memuji masakan saya dan dengan lemah lembut memberi komen tentang ikan pekasam tu..hehehe..malunya saya pada ibu mertua..hubby kata ikan pekasam tu dah memang masam,so tak sesuai lah dimasak dengan asam belimbing buluh,Terkebil2 mata saya memandangnya dan tanpa disedari saya menjerit kecil."..malunye Maaaa...".patutlah ikan pekasam tu hancur saya" gulaikan"Itu lah pengalaman saya ketika baru berkahwin dan   alhamdulillah sekarang saya dah pandai masak...tak percaya???Cuba lihat hubby saya tuuuu....montel kan???

     
     

Jumaat, 15 Julai 2011

airmata mak...hibanya hati ini..

      Kagumnya saya dengan kekuatan dan ketabahan hati mak yang sentiasa dirundung kesedihan.Hidup mak sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan.Pada usia 32 tahun,mak telah bergelar seorang balu kepada 7 orang anak yg berusia 9 bulan hingga 17 tahun.Sedari kecil saya tahu bagaimana susahnya mak mencari rezeki untuk menyara anak2.Walau bagaimana perit dan sukar kehidupan ini,tidak pernah sekali pun saya melihat mak menitiskan airmata atau menangisi nasib dirinya.Sungguhhh.....tak pernah saya lihat mak menangis.Kuatnya hati mak..tabahnya mak...
      Alkisahnya...mak anak bongsu dalam 3 orang adik beradik yang kesemuanya perempuan.Dibesarkan oleh kakaknya yang sulung setelah ibu mereka meninggal ketika mak berusia 6 tahun.Kemana saja kakaknya pergi,disitulah mak menumpang hidup dan mengharap kasih sayangnya.Mak berpisah dengan kakaknya setelah bertemu jodoh dengan arwah abah.Setelah berkahwin mak ditakdirkan tinggal sekampung dengan kakaknya yang kedua.Maka adalah tempat mak untuk berkongsi suka dukanya...
      Saya lihat perhubungan mak dengan kakak2nya sangat akrab.Jelas kemesraannya adik beradik.Sewaktu kakak mak yg sulung meninggal beberapa tahun lalu,ma nampak sedih juga tapi masih ada kakak keduanya itu yang saya panggil Makcu.Kerumah Makcu lah mak berulang alik dimasa lapangnya.Menjengah makcu yg juga kurang sihat.Jelas kelihatan kasih sayang  mereka yg saling memerlukan antara satu sama lain.Mak sentiasa ingat tentang minyak rambut Makcu.Mak pasti akan menanak santan kelapa untuk dijadikan minyak khas untuk kakaknya itu...pernah juga saya berkata pada hubby bahwa saya tak mampu jadi macam mak dan tak mungkin jadi macam mak sbb mak sangat menjaga perhubungan persaudaraan dengan kakaknya sedangkan saya pun pernah bermasam muka dengan kakak dan adik saya sendiri...haaaaaaaaahh pengakuan ikhlas tu..biasa laa tu kan..nama pun adik beradik..mesti ada gaduh sikit2..
      3 minggu lepas,suami Makcu kembali ke rahmatullah.Sakit tua.Makcu yg juga tidak sihat sebenarnya nampak sedih sangat.Sejak pemergian suaminya,kesihatan Makcu  merosot.Setiap petang mak kerumah Makcu dan apa saja yang ingin dimakannya mak cuba menyediakannya semampu mungkin.Dan sekali lagi mak diuji,kakaknya juga telahpun meninggal dunia minggu lepas selepas 2 minggu pemergian suaminya.Alfatihah...Ketika saya mendapat berita pemergian Makcu,hati ini benar2 sedih dan hanya wajah mak yg bermain dalam fikiran saya..mulut spontan berkata.."kesian mak..kesian mak"..airmata tak dapat saya tahan lagi bila mengenangkan mak yg kini tinggal seorang tanpa kakaknya.Saya dapat merasakan betapa sedihnya mak kehilangan orang yang paling rapat dalam hidupnya.
      Dihari pengebumian jenazah Makcu,mak kelihatan menyendiri.Wajahnya sayu.Seperti yang diwasiatkan,arwah Makcu mahu jenazahnya disung oleh anak2 cucunya tanpa meanaiki kenderaan.Dan berjalan kaki lah kami menuju ke tanah perkuburan,Alangkah sedihnya hati ini melihat wajah kesedihan mak dengan susuk tubuh kecilnya berjalan laju mengiringi jenazah kakaknya itu.Saya menyuruh anak perempuan memimpin mak,bimbang akan terjadi apa2 padanya.Laju langkahnya...bertenaga..
      Hajat terakhir Makcu agar cucu2nya sahaja yang menyempurnakan jenazahnya ke liang lahad.Mak setia berdiri ditepi kubur melihat jenazah kakaknya buat terakhir kalinya hingga selesai.Dan itulah buat kali pertama saya melihat mak menangis.Saya lihat airmata mak mengalir laju..tanpa suara..tanpa esakan...airmata mak yang terlalu mahal telah gugur...ahhhhhhhhhhhhhh... mahu rasanya saya lepaskan raungan tangisan hati saya ditanah perkuburan itu ketika itu.Saya terlalu sebak melihat mak sebegitu..pilu memandangnya..dan saya dapat merasakan beban perasaan mak meratapi kehilangan orang yang disayanginya..Terlalu besar dugaan yang mak lalui dari usia kecilnya hingga kini..satu persatu dilaluinya dengan tabah.
      Dan bila bersendirian begini,saya teringatkan mak yang keseorangan dirumahnya.Mak tak mahu berlama2 dirumah anak2nya dan lebih suka menghabiskan masa lapangnya dengan berkebun.Menanam jagung dan sayuran.Saya sentiasa memohon pada Allah agar mak diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya,dan tabah menempuhi segala dugaan.Biarpun mak keseorangan tanpa kakak2nya,mak masih ada anak2 yang mengasihinya...

Selasa, 5 Julai 2011

leteran.

      Zaman kecil saya dulu,semuanya bergantung kepada ibu.Segalanya ibu kerana pada usia sekecil 4 tahun dan adik bongsu 9 bulan,abah dah kembali ke rahmatullah..Al Fatihah..Membesar dalam serba kekurangan tetapi ibu tetap seorang yang tegas.Leteran dan bebelan sudah menjadi mainan harian dan halwa telinga.Pantang buat silap sikit pasti ada ganjaran bakal diterima.
     Apabila saya dan adik meningkat remaja,ibu lagi kuat berleter.Maklumlah tanggungjawabnya semakin bertambah.Apa saja yg kami lakukan ada saja yang tak kena pada pandangannya.Pergerakan kami terbatas.Memang tertekan juga sebab tak boleh bebas keluar dengan rakan2 sebaya sewenang2nya.Kerja2 rumah seperti membasuh,mengemas dan memasak memang ibu serahkan pada saya bulat2.Jangan cuba2 curi tulang ...hehehe..akibatnya 24 jam laa nanti ibu berleter tak habis2..pot pet pot pet..boleh pecah anak telinga.Sekali ibu sergah hahhh bergegar isi perut tak pun boleh tercabut tingkap rumah.Kalau ibu tak ada dirumah  makkkkkkkk oiiiii merdeka!!!! boleh buat apa saja.Boleh main sampai senja,boleh bertandang kerumah kawan2..macam2 boleh...bebas..tapi sebenarnya keseronokkan tu tak berpanjangan.Masuk hari yang ke 2 dah mula terasa kehilangannya.Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran ibu.Rumah jadi sepi.Sepi sesepinya macam rumah berhantu.Masa tu baru lah sedar leteran macam mulut murai  ibu tu rupanya penyeri rumah.Tanpa ibu hidup tak bermakna.Jari jemari ibu yang mencubit dan memiat telinga rupanya menjadikan hidup saya lebih bermakna..Bila ibu tiada dirumah semuanya tak kena..
      Mmmmmm kini tiba giliran saya.. ibu kepada 3 anak remaja.Baru lah saya lihat betapa besarnya pengertian seorang ibu kepada anak2nya.Adakah anak2 faham leteran panjang ibu kerana anak lambat pulang ke rumah,suara yang meninggi kerana anak2 malas membuat kerja rumah,jeritan ibu setiap pagi kerana anak lambat bangun untuk kesekolah...solat dan sebagainya.Semua itu adalah tanda  prihatin seorang ibu dalam menyediakan anak2 menjadi orang berguna di masa depan.Ibu tetap ibu,pelbagai cara  menyampaikan kerisauan,keresahan dan kasih sayangnya kepada anak2.
      Pernah juga anak bongsu saya berkata.."kenapa dengan ibu ni,kalau baik,baik saaaangatttt tapi kalau marah ..takut Yayang tengok"Saya hanya ketawa dan menjelaskan padanya bahwa saya bukan seorang yang gila memarahi anak2 tanpa sebab..selalu saya katakan padanya tidak ada syurga seorang anak tanpa keredhaan seorang ibu dan tidak akan lahir seorang anak adam ke dunia ini tanpa kekuatan seorang ibu.Unggulnya sebuah keluarga juga kerana adanya pengorbanan seorang ibu.Ibu,dalam apa keadaan pun sanggup tempuhi  asalkan anak2 bahagia.Adakah anak2 tahu betapa kasihnya si ibu kepada mereka?
   
   

   
 

Sabtu, 2 Julai 2011

Buah nangka,Kak Milah dan Kak Ani...

      Petang semalam semasa hubby pulang dr pejabat,saya masih lena dibuai mimpi didepan tv..hubby mengejutkan saya sbb ada sesuatu yg dibawanya.Mmmm liatnya saya nak bangun ,Rasanya saya baru saja terlelap tp bila terpandang jam dinding tu...alamak..dah satu setengah jam jugak saya hanyut....hehehe..terkebil2 mata ni memandang hubby.Kalau boleh memang nak sambung lg mimpi yg terencat tu.Mata pun x larat nak celik dah..sambil menghulurkan tangannya,hubby menyuruh saya

bangun.Punya laa mengantuknya,nak bercakap pun dah tak larat..heeeeeeeeeee,,teruk betul saya ni kan.

     Seperti biasa hubby tersenyum melihat saya yg terkulat2.Itu laa penangan tidur petang,lemah rasa badan.Tiba2 hubby berkata,"Ma,abang bawa nangka ..ada kat atas meja dapur".Haaaaaaaaaaaaaa????? nangka?Wow..."peberet" saya tu.Entah dari mana dtgnya tenaga yg lemah tadi,bingkas saya bangun.Meluru kedapur.Mulut pun macam murai tanya dr mana dapatnya nangka tu,siapa yg bagi,,beli kat mana dan pot pet pot pet laa mulut ni.Sambil tu tangan ligat mengeluarkan isi nangka...dan..ngapppppp masuk mulut.Mmmm manis sungguh..itu laa saya,ada masa gelojoh gak .x padan dgn title "nenek"..x sedar diri..hehehe..

      Setiap kali makan nangka saya mesti teringat pada dua org teman yg memang terbaik laa yg pernah saya temui selepas bergelar isteri dan ibu.Puan Rohani,isteri seorang pengurus ditempat kami dan Puan Hamilah pulak memang kelakar orgnya.Jarak usia kami memang jauh tp terasa diri ini disayangi sepenuhnya.Kak Ani la mengajar saya cara menyiang ayam kampung,memberi tips2 membuat biskut raya,masak lemak cili api dan mcm2 lg.Org negeri sembilan laa katakan,masak lomak Kak Ani,memang sedap.Lebih2 lagi ikan keli salai campur buah mempelam muda..hingga menjilat jaaaariii...

     Pernah suatu hari,saya menyakat kedua-duanya.Saya kata saya mengidam nak makan nangka.Saya rasa biasa je permintaan saya tu,Eh..eh..punya laa kelam kabutnya mereka berdua tu,macam diaorang pulak yg mengidam.Kehulu kehilir bertanya rumah siapa ada pokok nangka.Saya ni pulak macam org bodoh mengekor je kemana mereka pergi tanpa ada apa 2 perasaan pun.Mungkin usia saya muda lg ketika itu,.Tapi bersungguh2 betul cik kak tu..puas la merayap dr rumah kerumah,akhirnya dapat jugak buah nangka tu,Tapi nangka tua tau,belum masak lagi.Bersusah payah menjolok dan akhirnya berjaya laa cik kak2 yg baik hati serta baik budi tu menggugurkan  buah nangka yg besaRRR tu untuk saya...sepakat betul Kak Ani dan Kak Milah,sama2 pulak mengusung buah nangka tu balik kerumah saya.Saya x perlu buat apa2.Tolong tengok je laa..sikit pun x ada rasa bersalah sbb saya cuma kata saya mengidam nak makan nangka,Bukan nak suruh pun cik kak2 tu cari.Tapi mereka beria-ia sangat..pelik gak saya.Apa2 pun saya x ambil kisah sangat.Pada fikiran saya mungkin mereka berdua pun teringin nak makan nangka.

      Sampai kat  rumah saya,x lengah lg Kak Ani terus mengupas nangka.Sambil dibantu oleh Kak Milah,ulas2 nangka dikeluarkan dan dihidangkan depan saya.Eh...eh...macam permaisuri agung rasanya dilayan sebegitu rupa..saya pun apa lagi  ..makan je laa..nangka tua pun nangka tua laa..hehehe..sedap gak..hehehe..  makan pulak bukan sikit2,banyak tuuuuuuuuuu...

     Bukan main seronok Kak Ani tengok saya makan nangka.,mulutnya pulak x henti2 bagi nasihat.

      Kak Ani"' Kesian Kak Ani tengok ekau ni Ma.Tak ado nangko masak ,makan ajo laa nangko ni haaa dulu.Esok2 kito cari an yg masak pulak yooo..yg ponting,ekau jago boto2 baby dalam perot ekau tu haa.."

          Saya:"Laaaaaaaaaa...Kak Ani..Ma bukan mengandung pun..Ma cuma mengidam nak makan  nangka ...teringin nak makan je.Ma ok je ,x ngandung pun"

      Kak Ani:"Ekau biar boto Ma..Kak Ani buek muko x malu yoo poiee rumah org mintak nangko  haa.X pornah pun buek kojo macam ni laiee.."

      Kak Milah:"Eh Ma,betul ke ni???Betul ke,Ma x mengandung"??

         Saya:"Laaa..betul laa,Ma x tipu..

      Kak Milah:"Hantuuuuuuuuuu betoi budak ni......heeeeeeee..

                Apalagi kami bertiga pun ketawa bagai nak rak dek peristiwa lawak bodoh tu...hingga meleleh airmata.Kak Ani dan Kak Milah mula mengulas semula dari mula sampai akhir bagaimana mereka kehulu kehilir meredah dr rumah ke rumah org mncari buah nangka hanya kerana "saya yg sedang mengidam" ni..Semuanya kerana sayangkan saya sebagai sahabat dan bagaikan adik mereka sendiri

      Kak Ani;"Mmmmm..ontah laa ekau ni Maaaaaaa..hidup2 kau perdayo akak ni haaa.."

Saya ,Kak Ani dan Kak Milah x boleh bersua muka dalam tempoh seminggu tu..bila terpandang antara satu sama lain mesti terus ketawa..x tertahan2 daa...lucu sangat .Saya dapat merasakan perhubungan kami sebagai kawan sangat akrab hingga bab2 kawan2 mengidam pun pasti mahu dibantu utk mndapatkan apa yg di idamkan.Saya rindukan situasi dulu ketika bersama mereka.Tapi apa kan daya,kerana mengikut hubby masing2 bertukar tempat kerja akhirnya kami terpisah..saya masih ditempat yg sama sedangkan Kak Ani  dan Kak Milah telah berkali2 berpindah randah dr satu negeri ke satu negeri lain..

     Banyak kisah suka duka bersama mereka..Terima kasih Puan Rohani Abu Samah dan Puan Hamilah Tuan Soh...sukar dicari ganti.