Jumaat, 15 Julai 2011

airmata mak...hibanya hati ini..

      Kagumnya saya dengan kekuatan dan ketabahan hati mak yang sentiasa dirundung kesedihan.Hidup mak sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan.Pada usia 32 tahun,mak telah bergelar seorang balu kepada 7 orang anak yg berusia 9 bulan hingga 17 tahun.Sedari kecil saya tahu bagaimana susahnya mak mencari rezeki untuk menyara anak2.Walau bagaimana perit dan sukar kehidupan ini,tidak pernah sekali pun saya melihat mak menitiskan airmata atau menangisi nasib dirinya.Sungguhhh.....tak pernah saya lihat mak menangis.Kuatnya hati mak..tabahnya mak...
      Alkisahnya...mak anak bongsu dalam 3 orang adik beradik yang kesemuanya perempuan.Dibesarkan oleh kakaknya yang sulung setelah ibu mereka meninggal ketika mak berusia 6 tahun.Kemana saja kakaknya pergi,disitulah mak menumpang hidup dan mengharap kasih sayangnya.Mak berpisah dengan kakaknya setelah bertemu jodoh dengan arwah abah.Setelah berkahwin mak ditakdirkan tinggal sekampung dengan kakaknya yang kedua.Maka adalah tempat mak untuk berkongsi suka dukanya...
      Saya lihat perhubungan mak dengan kakak2nya sangat akrab.Jelas kemesraannya adik beradik.Sewaktu kakak mak yg sulung meninggal beberapa tahun lalu,ma nampak sedih juga tapi masih ada kakak keduanya itu yang saya panggil Makcu.Kerumah Makcu lah mak berulang alik dimasa lapangnya.Menjengah makcu yg juga kurang sihat.Jelas kelihatan kasih sayang  mereka yg saling memerlukan antara satu sama lain.Mak sentiasa ingat tentang minyak rambut Makcu.Mak pasti akan menanak santan kelapa untuk dijadikan minyak khas untuk kakaknya itu...pernah juga saya berkata pada hubby bahwa saya tak mampu jadi macam mak dan tak mungkin jadi macam mak sbb mak sangat menjaga perhubungan persaudaraan dengan kakaknya sedangkan saya pun pernah bermasam muka dengan kakak dan adik saya sendiri...haaaaaaaaahh pengakuan ikhlas tu..biasa laa tu kan..nama pun adik beradik..mesti ada gaduh sikit2..
      3 minggu lepas,suami Makcu kembali ke rahmatullah.Sakit tua.Makcu yg juga tidak sihat sebenarnya nampak sedih sangat.Sejak pemergian suaminya,kesihatan Makcu  merosot.Setiap petang mak kerumah Makcu dan apa saja yang ingin dimakannya mak cuba menyediakannya semampu mungkin.Dan sekali lagi mak diuji,kakaknya juga telahpun meninggal dunia minggu lepas selepas 2 minggu pemergian suaminya.Alfatihah...Ketika saya mendapat berita pemergian Makcu,hati ini benar2 sedih dan hanya wajah mak yg bermain dalam fikiran saya..mulut spontan berkata.."kesian mak..kesian mak"..airmata tak dapat saya tahan lagi bila mengenangkan mak yg kini tinggal seorang tanpa kakaknya.Saya dapat merasakan betapa sedihnya mak kehilangan orang yang paling rapat dalam hidupnya.
      Dihari pengebumian jenazah Makcu,mak kelihatan menyendiri.Wajahnya sayu.Seperti yang diwasiatkan,arwah Makcu mahu jenazahnya disung oleh anak2 cucunya tanpa meanaiki kenderaan.Dan berjalan kaki lah kami menuju ke tanah perkuburan,Alangkah sedihnya hati ini melihat wajah kesedihan mak dengan susuk tubuh kecilnya berjalan laju mengiringi jenazah kakaknya itu.Saya menyuruh anak perempuan memimpin mak,bimbang akan terjadi apa2 padanya.Laju langkahnya...bertenaga..
      Hajat terakhir Makcu agar cucu2nya sahaja yang menyempurnakan jenazahnya ke liang lahad.Mak setia berdiri ditepi kubur melihat jenazah kakaknya buat terakhir kalinya hingga selesai.Dan itulah buat kali pertama saya melihat mak menangis.Saya lihat airmata mak mengalir laju..tanpa suara..tanpa esakan...airmata mak yang terlalu mahal telah gugur...ahhhhhhhhhhhhhh... mahu rasanya saya lepaskan raungan tangisan hati saya ditanah perkuburan itu ketika itu.Saya terlalu sebak melihat mak sebegitu..pilu memandangnya..dan saya dapat merasakan beban perasaan mak meratapi kehilangan orang yang disayanginya..Terlalu besar dugaan yang mak lalui dari usia kecilnya hingga kini..satu persatu dilaluinya dengan tabah.
      Dan bila bersendirian begini,saya teringatkan mak yang keseorangan dirumahnya.Mak tak mahu berlama2 dirumah anak2nya dan lebih suka menghabiskan masa lapangnya dengan berkebun.Menanam jagung dan sayuran.Saya sentiasa memohon pada Allah agar mak diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya,dan tabah menempuhi segala dugaan.Biarpun mak keseorangan tanpa kakak2nya,mak masih ada anak2 yang mengasihinya...

1 ulasan:

  1. tahniah..
    Mauncu berjaya mencatatkan sesuatu yg tak mungkin dapat dilakukan oleh org lain..
    teruskan catatan..teruskan coretan..teruskan nukilan...
    yg memerhati..yg menyokong..yg membaca..akan terus menyokong..
    jdkan semua ini sebagai satu sejarah keluarga yg lebih bernilai dari intan dan berlian..

    BalasPadam