Khamis, 28 April 2011

Senyuman....

        Sebut pasal senyuman...mmmm...teringat pulak zaman bercinta dengan hubby.Punya laa susah nak tengok dia senyum.Wajah serius memanjang,tu pasal laa sebelum kenal rapat dgnnya saya takut nak pandang.Tengok misainya pun dah kecut perut..tapi itu dulu tau...hehehe...Hakikatnya hubby seorang yg humor.Sentiasa buat saya ketawa..dan apa yg penting dia sentiasa memberi saya kata2 semangat bila saya keresahan.Pernah dalam surat yg saya hantar padanya,saya minta dia supaya senyum selalu.Saya nak tengok dia ceria..lebih manis.Dalam surat balasannya dia berjanji akan belajar tersenyum dan ini la antara kata2nya...'D kat sini tengah berlatih senyum takut serius sangat,tak pandai pulak senyum.Bila nak tidur malam tampal plaster kat mulut supaya biar lebar senyuman nanti.tapi tengah malam kena bangun supaya plaster tak tanggal.Nanti sebelah aje senyum.Sebelah lagi tak boleh senyum ..baru haru..kah..kah..kah"...Haaa ..itu lah penangan org dulu2..mana ada handset macam sekarang.Surat laa jadi penghubung.Hanya tinggal kenangan semua tu..24 tahun dulu..
      Menurut kajian saintifik,senyuman dikatakan antara senaman mudah yang digunakan untuk menjadikan seseorang itu sentiasa muda dan ceria.Senyum ada pelbagai jenis,senyum kambing,senyum mesra,senyum simpul,senyum tawar,senyum sinis...macam2 lagi laa...tapi saya ni selalu senyum simpul
      Suatu masa dulu saya pernah dilabelkan sebagai seorang yg sombong.Mengikut hubby bertukar tempat kerja, ditempat baru memang asing bagi saya.Nak mencari teman baru ..heeee ..malunya nak mulakan bicara,Sana sini terdengar soksek-soksek mengata pasal saya...saya cuba  muhasabah diri.mencari kesilapan diri.Allahu Akbar..rupa2nya mudah sangat nak cari kawan.Hanya sebuah senyuman memulakan segalanya.kini saya bukan setakat boleh tersenyum ,buat kelakar pun dah pandai hehehe...
      Memberikan senyuman yang paling manis merupakan suatu pemberian yang dapat menggembirakan dan membahgiakan perasaan org  lain.Mulakan hari2 kita dengan senyuman manis..kerana senyum itu sedekah...
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan