Selasa, 3 Mei 2011

Bil telefon dan air kacang soya...apa yg penting...kerjasama...

      Sudah hampir 18 tahun saya berhijrah ke kawasan pedalaman mengikut hubby.Pada awal penghijrahan memang terasa peritnya.Sudah lah bekalan airnya amat menyedihkan,letrik pula hanya beberapa jam saja dibekalkan.Semua kerja rumah yg menggunakan tenaga letrik,terpaksa saya buat secepat yg boleh..kalau tidak....mmm terbengkalai laa jawabnya.Mana tidaknya,pnjaga generator ikut sukahati dia saja utk menghentikan enjin bila2 masa disukainya.Pernah anak2 menangis meraung2 hanya disebabkan bekalan eletrik terputus tiba2 sewaktu mereka sedang asyik menonton siri kegemaran 'Doraemon"...bila mengenangkan semua ini membuatkan saya senyum sendirian.Nostalgia sungguh.semuanya dah berlalu.Kini,segalanya dah berubah...semuanya dihujung jari...
      Ada memori yg tak mungkin padam selamanya dalam kehidupan saya.Pada saat Telekom Malaysia meluaskan perkhidmatannya kekawasan luarbandar, saya antara yg menggunakan nya.Wah,mudahnya nak berhubung...terasa benar dunia dah maju..hehehe ..seronok melihat  along.angah dan adiknya Yayang dapat berbual2 dgn neneknya melepaskan rindu..dan sesekali berhubung dgn kawan2nya...
      Bulan demi bulan bil diterima seperti biasa.Tidak lah membebankan.Panggilan dibuat hanya untuk kepentingan family semata2.Saya dan hubby tak lah berkira sangat dgn anak2.Biarkan saja mereka menggunakannya...
      Haaaaaaaaaaaa..nak dijadikan cerita,satu hari tu saya dan hubby memang naik angin betul ..manakan tidak,bil telefon meningkat mendadak..beratus2 you....semua ni kerja tiga beradik tu laa.Hari2 asyik dail no yg entah apa2..sudahnya bil naik sama tinggi dengan kemarahan saya dan hubby.Bila disoal siasat,semuanya menggigil ketakutan dan masing2 mengakui kesilapan yg dilakukan.Yang kelakarnya,anak bongsu saya menjawab begini..
"'Yayang,nak dengar suara apek gitu2 aje dalam telefon tu"Mmmm..anak....anak...itu lah yg di ulangdail hanya semata2 nak mendengar suara si apek tu.
      Beberapa hari selepas pengakuan mereka,macam biasa kami keluar ke pasaraya membeli keperluan dapur .Lebih2 lg bulan ramadhan dah tiba.Saya perhatikan ketiga2nya tak berenggang langsung.Sibuk sangat kehulu hilir mencari sesuatu.Saya tak ambil kisah pun cuma rasa sedikit hairan sbb cara mereka amat mencurigakan.Seperti menyorokkan sesuatu.Hingga saya terlepas pandang,tak tau apa yg dibelinya...
      Bulan ramadhan ketika itu jatuh pada musim cuti persekolahan,Seperti biasa saya bekerja dan tinggal lah mereka bertiga dirumah.Hari pertama berpuasa,saya pulang dr kerja tengahari tu,langsung tak menjenguk kedapur.Maklumlah puasa kan..tak perlu memasak.Saya hanya berbaring2 diruang tamu sedangkan anak2 sibuk didapur.Saya dan hubby sikit pun tak ambil peduli apa yg terjadi didapur.Sambil baring2 membaca suratkhabar,kami terlena..hehehe..sedar2 along memanggil abahnya meminta supaya menghantarnya ke pasar ramadhan.Jam baru pukul 2 ptg,awalnya nak beli juadah,kata abahnya..petang2 sikit laa  kita pergi..sambungnya lagi.
      Sebenarnya along bukan nak beli juadah berbuka tapi nak berniaga...Ya allah ..dalam diam2 mereka bertiga buat projek besar didapur..memproses air kacang soya.Dari membersihkan kacang,mengisar dan memasak dilakukan bersama2.Satu periuk besar you...siap dgn air gulanya.Wah hebatnya anak2 saya...saya tak terfikir pun mereka boleh melakukannya.Along ketika itu berusia 12 tahun,angah 10 dan Yayang 6 tahun...keperluan jualannya cukup..plastik,getah pengikat semuanya ada...baru saya teringat,sewaktu dipasaraya,mereka sentiasa menjauhkan diri dan tingkahlaku memang berbeza.Rupa2nya mereka besembunyi membeli keperluan perniagaan air soya ..mmm...anak..anak..
      Sambil menggeleng2kan kepala tak percaya dengan hasil kerja anak2nya,hubby bertanya apa tujuan mereka nak berniaga.Bagaikan tak percaya dengan jawapan mereka..ahhh...berlinang airmata kami berdua.sebenarnya mereka nak jual air soya itu untuk menampung bil telefon yg telah mereka gunakan..apa nak dikata ya????
      Petang ramadhan yg pertama itu,anak2 saya sibuk membungkus air soya buatan mereka...hehehe..bukan nak dijual dipasar ramadhan tapi nak di agih-agihkan kerumah jiran2 atas arahan abahnya..macamana nak berniaga,mejanya tiada...tapak jualannya tiada..dan siapa pula nak menghantar barang2 jualan itu sbb hubby nak kepejabat pula.Mmmmm..anak...anak...bijak....bijak...
      Bila berduaan dengan hubby,selalu juga kisah itu kami ulas kembali...banyak kenangannya disitu..kami kagum dengan kerjasama mereka adik beradik hingga boleh menghasilkan seperiuk air kacang soya..teamwork...apa yg penting ..kerjaaa samaaaaaa..   
           
     
    

1 ulasan:

  1. wah nenek pon dah maju, tahniah jgn ketingalan kite sbb kerana usia dak.. hehe jgan lupe jengok blog koi yak komen & follow sekali yak ..http://multipleartdesignsupplier.blogspot.com/

    BalasPadam