Sabtu, 14 Mei 2011

Yayang..16 tahun.




ISNIN 15/5/1995
6.13 pm
      Alhamdulillah,saya selamat melahirkan anak yg ke 3 seorang baby boy melalui pembedahan,dengan berat 3.5 kg pada 15/5/95 tepat jam 6.13 petang.Berkulit cerah dan berambut halus....alaaaaaaaahai comelnyeeee...syukur atas kurniaanNya
      Terlalu cepat masa beredar..esok Yayang(HIDAYAT HANIS) akan menyambut ulangtahun kelahirannya yg ke 16.Bagaikan baru semalam saya menyusuinya,menyalin lampinnya,mendodoikannya dan mendidiknya.Sewaktu kecilnya,dia memang seorang yg  banyak bercakap dan suka bertanya itu ini  tp tidak boleh langsung berenggang dengan ibunya.Susah betul saya dibuatnya.Setiap pergerakkan saya terbatas.Pantang saya hilang dr pandangannya,mula laa menangis menjerit2.Terpaksa laa mendukungnya setiap kali saya keluar rumah.Heeee geram juga dengan perangainya..manakan tidak,hendak mengambil serai atau daun kunyit pun dia x mahu turun dr dukungan.Hai ...luarbiasa betul anak saya yg seorang ni.
      Semakin membesar,boleh tahan nakalnya.Selalu juga laa merasa penangan saya ni ..hehehe..bak kata pepatah sayang anak tangan2 kan...tapi Si Yayang ni memang bijak dalam menguji minda saya Jika ada kesalahannya,saya selalu memarahinya dan menghukumnya.tapi kadang2 saya ni mudah terlupa pada apa yg telah berlaku dan seperti biasa memanggilnya berbaring disebelah saya dan memeluk dan menciumnya..siapa tak sayang anak ..kan???Eh...eh..bertuah punya anak...ada ke dia cakap mcm ni pada saya..."ibu mesti menyesal marah Yayang tadi kan...,ibu mesti nak minta maaf pada yayang kan'..pada fikirannya saya seolah2 macam bersalah terhadapnya...hehehe..tergelak besar saya dgn keletahnya pada masa tu...dah laa tak bergigi ,hidung pulak kembang kempis buat muka seposen  minta simpati...hehehe..Mmmm Yayang...Yayang....
      Banyak yg mengundang sedih dihati saya apabila saya terpaksa berjauhan dgnnya sewaktu umurnya 10 tahun.Yayang terpilih memasuki sekolah model khas Sekolah Indera Shah Putra(SISP)Dengan usia sekecil itu dia terpaksa berdikari tinggal di hostel..tapi keinginannya kuat dan saya tunduk pada kemahuannya tanpa rela.Hampir sebulan saya menangis setiap hari merinduinya..bukan setakat menangis,meraung lg hehehe...setiap kali melawatnya di hostel Yayang pasti mengingatkan saya dan hubby supaya mengambilnya pulang hujung minggu.Dan kata2nya sentiasa jadi mainan kami sekeluarga sehingga kini kerana mulut munggilnya becok berkata2.."ibu...abah..kalau Yayang tipon ke...x tipon ke...datang ambil Yayang tau..."itu laa di ulang2nya sambil berlari kecil mengiringi kereta abahnya yg bergerak keluar dr kawasan sekolahnya..."ibu..abah..kalau Yayang tipon ke..x tipon ke..datang ambil Yayang tau..itu laa patah2 perkataan yg sayup2 saya dengar bila kereta meluncur meninggalkan nya yg masih melambai2kan tangannya..hati ibu mana yg tak tersentuh melihat keadaan sebegitu...airmata selalu tumpah kerana rindukannya..
      Kini semakin besar semakin jauh pula jarak yg memisahkan kami..kini Yayang atau panggilan manja2 nya BABY..melangkah setapak lg memulakan persekolahan ditempat baru pula.Semoga segala impiannya tercapai..insyaallah esok saya dan hubby akan mengunjunginya utk sama2 meraikan hari ulangtahun kelahirannya..
.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan